suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Nafi Tahan Bekas Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Polis pada Sabtu menafikan khabar angin bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata perkara itu  hanya khabar angin.

"Jangan buat andaian dan spekulasi yang tidak sihat...ia akan menimbulkan situasi yang tidak baik.

"Jika benda ini benar, kami (polis) akan maklumkan kepada semua," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa bekas peguam negara itu ditahan polis pagi Sabtu.

Pada Selasa lepas, perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan dan digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Polis, Abdul gani

Artikel Lain