suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usaha Gulingkan Najib 'Diketahui Semua Orang' - Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk bercakap mengenai konspirasi berhubung usahanya bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya secara terbuka menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. Tiada konspirasi. Ia hanyalah pengakuan terbuka kepada seluruh negara bahawa saya mahu melihat Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

"Semuanya adalah secara terbuka. Tiada keperluan untuk berkomplot. Terdapat usaha secara terbuka untuk menggesa beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri," kata bekas perdana menteri itu menerusi blognya, Chedet.cc pada Isnin.

Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuk menggesa siasatan dilakukan, atau menghubungi penyiasat atau ejen khas bagi membongkarkan sebarang konspirasi kerana gesaan untuk Najib supaya berundur "diketahui semua orang".

Artikel Lain