suria

Nahas Jalan Endau-Mersing: Dua Maut Lima Cedera

JOHOR BAHARU: Dua orang maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 12, Jalan Endau-Mersing pada Rabu malam.

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Mohd Azlie Zakaria, 21, yang maut di tempat kemalangan dan rakannya Mohamad Arsyaq Ismail, 22, yang meninggal di Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP M. Kumar berkata kejadian berlaku kira-kira 10.20 malam ketika kereta yang dipandu Mohd Azlie bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju Terengganu.

Beliau berkata satu keluarga yang berada di dalam sebuah kereta lain itu dilapor cedera.

Mereka dikenali sebagai Suhaimi Jumri, 36, yang memandu kereta itu, isterinya Norfauziah Bahtiar, 36, dan tiga orang anak mereka iaitu Muhammad Syafiq Ajwad, 7, Nur Syafira Syazlin, 11, dan Nur Ain Adawiyah, 3.

Endau, Mersing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain