TNB Cadang Ambil Alih 13 Aset Tenaga Cabang Tenaga 1MDB - Semasa | mStar

TNB Cadang Ambil Alih 13 Aset Tenaga Cabang Tenaga 1MDB

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan cadangan untuk mengambil alih lima aset tenaga domestik dan lapan aset antarabangsa cabang tenaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Global Energy Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, TNB menekankan bahawa ia masih dalam  peringkat awal penilaian ke atas aset tenaga Edra, dan oleh itu tidak ada jaminan bahawa sebarang transaksi akan dimuktamadkan.

"Sebarang transaksi berpotensi perlu menunjukkan kedudukan kewangan dan komersial yang kukuh dan bernilai kepada pemegang saham TNB. Ia juga akan dinilai berasaskan standard tertinggi tadbir urus korporat," katanya.

TNB berkata aset tenaga Edra amat bersesuaian dengan strategi pertumbuhannya.

"Gabungan itu akan membantu memastikan penerusan jangka panjang yang kukuh dan harga tenaga yang kompetitif kepada pelanggan dan pengguna domestik.


"Ia juga akan membolehkan TNB meneruskan strateginya untuk mewujudkan kesan antarabangsa dan bidang yang mencatat pertumbuhan dalam permintaan tenaga yang meningkat," kata syarikat utiliti kepada menerusi satu kenyataan Rabu.

Menurut TNB, ia akan menjalankan kajian pematuhan ke atas aset-aset tenaga  Edra.

"Jika TNB memutuskan untuk meneruskan transaksi, kriteria dan syarat bebas dan pihak ketiga yang lain juga perlu ditangani," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, 1MDB berkata ia mengalu-alukan minat TNB ke atas Edra.

Syarikat itu berkata ia sudah menerima tawaran tidak terikat daripada pihak lain dalam dan luar negara ke atas aset-aset tenaganya yang merupakan sebahagian daripada proses penjanaan dana pelaburan dalam Edra.

"Lembaga pengarah akan mengkaji pelbagai cadangan yang diterima dalam masa yang sesuai, dan selepas itu memilih pihak yang kemudiannya akan dijemput oleh penasihat kewangan 1MDB untuk melakukan usaha wajar ke atas Edra, dan diakhiri dengan penyerahan tawaran terikat untuk pertimbangan," katanya.

Sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dimumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei lepas, 1MDB kini aktif memilih opsyen untuk penjanaan dana aset-aset tenaganya, menerusi Edra.


Saham TNB ditutup 16 sen lebih tinggi kepada RM12.66 hari ini.

TNB , 1MDB , Edra Global Energy Bhd

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.