suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Kota Mula Pulang Ke Kampung

KUALA LUMPUR: Aliran trafik keluar dari ibu kota mulai  sibuk berikutan semakin ramai warganya mula pulang ke kampung masing-masing pada Selasa bagi menyambut perayaan Aidilfitri yang kian menjelang.

Beberapa jalan utama dan lebuh raya sudah mula dipenuhi kenderaan, dengan laluan ke Pantai Timur sudah berlaku kesesakan di beberapa kawasan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik secara keseluruhan masih lancar dan terkawal tetapi kesesakan dilaporkan berlaku di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Kuala Terengganu.

"Berlaku sedikit kesesakan sepanjang satu kilometer di Plaza Tol Gombak manakala trafik di Plaza Tol Kuala Terengganu pula sesak sepanjang 500 meter," katanya.

Sementara itu, laluan ke utara dan selatan iaitu di Lebuhraya PLUS ketika ini masih lancar tetapi dijangka semakin sibuk selepas waktu pejabat nanti.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata tiada kesesakan lalu lintas berlaku di kedua-dua arah lebuh raya tersebut ketika ini.

Bagaimanapun, kami menjangkakan aliran trafik bakal meningkat selepas waktu berbuka puasa hari ini," katanya.

Orang ramai boleh mendapat maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik.

Warga Kota, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Lain