suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahanan Reman Kes Bayi Dikerat Lapan Dilanjut Tiga Hari Lagi

Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat lapan di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra pada 8 Julai lalu. Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Tahanan reman wanita berusia 31 tahun berikutan penemuan mayat bayi perempuan dikerat lapan, dilanjutkan tiga hari lagi bermula Ahad bagi membolehkan siasatan lanjut pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Rahim Abdul dalam kenyataan pada Ahad berkata, perintah lanjutan tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Che Rohana Ismail. 

Wanita belum berkahwin itu yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum ini, direman empat hari bermula Khamis lepas. 

Pada 7 Julai lepas, polis menahan seorang wanita berikutan penemuan mayat bayi berusia lapan bulan yang dikerat kepada lapan bahagian di tangki septik di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra. 

Laporan bedah siasat oleh pihak hospital menunjukkan bayi perempuan itu telah meninggal dunia semasa dilahirkan. 

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - BERNAMA

Artikel Lain