suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angin Kencang Barat Daya Dijangka Berterusan Sehingga Rabu

KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan pada Ahad, berkata keadaan itu menyebabkan angin berkelajuan antara 40 hingga 60km sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti laut dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Kenyataan itu menyebut situasi yang sama juga berlaku di perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu.

Artikel Lain