suria

Polis Tahan 51 Individu Terbabit Bookie Haram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 51 bookie haram ditahan dalam 'Ops Dadu Kelong' di Kelab Lumba Kuda Selangor, Sungai Besi, di sini, Ahad.

Semua suspek berusia antara 19 hingga 65 tahun itu dikatakan mengganggu pengunjung yang mahu bertaruh di kelab berkenaan. 

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, SAC Khairi Ahrasa berkata, mereka yang ditahan dalam serbuan 2.30 petang tadi itu terdiri daripada 40 lelaki dan 11 wanita. 

"Polis turut merampas 31 buah telefon bimbit, 18 buku panduan, 15 kertas catatan, dan sejumlah wang (nilai masih disiasat)," katanya ketika dihubungi di sini.

bookie haram

Artikel Berikut

Artikel Lain