SPRM Nafi Dakwaan Kit Siang, Kes Hartanah Diketahui Sejak Disember 2014 - Semasa | mStar

SPRM Nafi Dakwaan Kit Siang, Kes Hartanah Diketahui Sejak Disember 2014

KUALA LUMPUR: Dakwaan Lim Kit Siang bahawa isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia sudah diketahui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Disember 2014, adalah tidak benar sama sekali.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul lberkata SPRM hanya mula menerima maklumat daripada orang ramai pada Mac 2015, dan badan itu terus memulakan proses 'profiling' ke atas individu dan syarikat terlibat. 

"Susulan itu, SPRM menerima kunjungan Polis Australia pada Mei 2015 di mana kedua-dua pihak SPRM dan Polis Australia bertukar-tukar maklumat dan memulakan siasatan bersama.

"Pada Jun pula, SPRM menghantar beberapa pegawai ke Melbourne untuk berbincang. Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015, pegawai SPRM sudahpun berada di Melbourne sebagai sebahagian daripada kerja siasatan sebelum isu ini timbul," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Mohd Shukri sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul langsung isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014, seperti didakwa oleh veteran DAP itu. 

Lim, yang juga anggota Parlimen Gelang Patah, pada Sabtu meminta penjelasan daripada SPRM sekiranya badan pencegah rasuah itu menerima maklumat berhubung isu penjualan hartanah di Australia itu sejak tahun lepas lagi.

Sekiranya dakwaan beliau benar, Lim berkata SPRM harus menerangkan mengapa agensi itu dilihat lebih kepada 'melindungi' bukan 'membongkarkan'.

Mohd Shukri berkata SPRM sentiasa menjalankan siasatan secara telus, bebas dan profesional tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. 

"Tidak timbul isu SPRM cuba tutup kes ini. Malah tidak adil bagi mana-mana pihak, khususnya ahli politik membuat andaian kononnya SPRM mahu menutup kes ini.

"Status siasatan akan dimaklumkan kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, yang ahlinya mewakili orang ramai. Jika ada sangsi dengan siasatan kes ini boleh menghubungi badan-badan bebas ini," katanya.

Selain itu, beliau berharap semua pihak akan memahami proses kerja SPRM yang mana hasil siasatan tidak boleh didedahkan kepada umum sewenang-wenangnya bagi mengelak siasatan terganggu.

Artikel Sebelum

Gempa Kedua Landa Ranau Pada Sabtu

Artikel Berkaitan

Enam Akaun Bank Dibeku

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain