suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MARA Incorporated Sedia Disiasat Pembelian Hartanah

KUALA LUMPUR: Bahagian pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Incorporated Sdn Bhd sedia bekerjasama dalam siasatan berhubung pembelian hartanahnya di Melbourne, Australia.

Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi Datuk Mohammad Lan Allani, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abd Halim A Rahim dan anggota pengarah berkata: 

"Kami mengalu-alukan semua penyiasatan atau siasatan berkaitan pelaburan kami di dalam dan di luar negara.

"Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi penyiasatan yang adil dan telus mengenai perkara tersebut dan juga kepada perkara-perkara lain berhubung MARA Incorporated Sdn Bhd."

Pada Jumaat, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian sebuah bangunan di Melbourne, Australia oleh unit agensi itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa seorang pegawai atasan MARA, pegawai kanan dan bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne dalam satu penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa bahawa 'sekumpulan pegawai kanan Malaysia yang kaya-raya' terlebih bayar A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri tersebut pada 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain