suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Buruh Cedera Dihempap Besi Perancah

KUALA LUMPUR: Dua pekerja pembinaan warga asing cedera selepas dihempap besi perancah dalam satu insiden di tapak pembinaan bangunan berhampiran Stesen LRT Abdullah Hukum lewat malam Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata dalam kejadian 11.21 malam itu, mangsa pertama yang merupakan warga Bangladesh sedang melakukan kerja pembinaan di dalam bangunan berkenaan mengalami kecederaan patah pinggang manakala seorang lagi mangsa warga Myanmar cedera ringan pada bahagian tangan apabila dihempap besi perancah.

"Sebaik menerima aduan daripada orang ramai, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Pantai Dalam bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata daripada keterangan saksi kedua-dua mangsa bersama lima pekerja lain sedang meratakan simen, tiba-tiba berlaku runtuhan besi perancah menyebabkan dua mangsa terbabit jatuh ke bawah bersama arus runtuhan, manakala lima pekerja lagi terselamat kerana berada jauh dari tempat runtuhan.

Katanya mangsa kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

LRT, Bangsar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain