suria

Subra Dakwa RoS Isytihar Palanivel Bukan Lagi Ahli MIC

G Palanivel.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri G Palanivel pada Khamis menerima satu lagi tamparan hebat, kali ini daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang mengesahkan bahawa beliau bukan lagi ahli MIC sebaliknya mengisytiharkan pesaingnya, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebagai pemangku presiden.

Pada masa yang sama, Palanivel telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC yang menyokongnya di Putrajaya.

Berita mengenai perkembangan terbaru daripada ROS ini diumumkan oleh Subramaniam sendiri dalam satu kenyataan media.

Menurutnya RoS menyampaikan berita itu menerusi surat yang dihantar kepada jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC penggal 2009.

“RoS dalam surat yang dialamatkan kepada CWC 2009 pada Rabu mengesahkan yang Datuk Seri G Palanivel bukan lagi ahli MIC mengikut Artikel 91 perlembagaan parti.
 
“RoS juga mengiktiraf akibat pengesahan itu Datuk Seri Dr Subramaniam akan bertindak atas kapasiti pemangku presiden memimpin CWC 2009 untuk menjalankan pemilihan semula MIC seperti yang diputuskan oleh RoS,” demikian menurut kenyataan tersebut.

RoS, Dr Subramaniam, G Palanivel, MIC

Artikel Lain