suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairy Percaya Lampu Potret Tun M Terpadam Kerana Masalah Teknikal

Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan lampu pada potret bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu pejabat parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dipadamkan dengan sengaja.

Katanya, beliau percaya keadaan itu berlaku disebabkan masalah teknikal atau kerosakan pada fius lampu.

Menteri Belia dan Sukan itu menganggap perkara tersebut sengaja diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Takkanlah kita dengan sengaja padamkan lampu pada gambar Tun Mahathir. Itu tak masuk akal," katanya ketika mengulas penyebaran dalam media sosial yang memaparkan potret tujuh orang presiden Umno yang diterangi lampu, kecuali Tun Dr Mahathir.

Potret berkenaan terletak di hadapan Dewan Tun Razak, PWTC.

Khairy ditemui media selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara kementeriannya dengan Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) di sini Khamis.

Artikel Lain