Kementerian Jejak Pihak Siar Gambar Anak Pelakon Komedi Di Laman Web Pornografi - Semasa | mStar

Kementerian Jejak Pihak Siar Gambar Anak Pelakon Komedi Di Laman Web Pornografi

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi jaminan akan menjejaki pihak yang bertanggungjawab menyiarkan gambar anak seorang pelakon komedi di sebuah laman web pornografi kanak-kanak.

Beliau berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menghubungi pelakon itu, Harith Iskander, bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil, termasuk menyekat laman web berkenaan.

"Kita tahu jika ada laporan tentang adanya portal atau laman tertentu yang digunakan atau dijadikan alat bagi tujuan pornografi kanak-kanak kita akan bertindak untuk menyekat laman berkenaan.

"Bagaimanapun lebih daripada itu kita akan cari siapa 'source' nya dan mereka yang bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini Khamis selepas melancarkan 'Digi Empower Societies', yang direka khas untuk menggabungkan pelbagai program masyarakat yang memberi akses penuh Web kepada semua.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas posting pelakon komedi berkenaan di laman Facebook miliknya berhubung gambar anak lelakinya yang berusia tiga tahun bersama gambar kanak-kanak lain disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak.

Harith menyedari perkara itu selepas mendapat notifikasi 'Google Alert' menerusi emailnya pada Rabu berhubung satu laman web yang telah gambar anak beliau dan anak beberapa artis lain yang turut memaparkan imej grafik lucah.

Susulan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada Khamis selain laporan kepada SKMM berhubung perkara itu. 

pornografi , Harith Iskander , SKMM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain