suria

Pengusaha Bas Ekspres Bimbang Tak Cukup Pemandu Musim Raya

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Pengusaha bas ekspres mungkin akan menghadapi masalah kekurangan pemandu semasa cuti Hari Raya kerana mendakwa tidak mempunyai wang bagi meyakinkan pemandu untuk berkerja.

Menuntut sekurang-kurangnya kenaikan tambang 10 peratus semasa musim cuti pada pertengahan bulan Julai, mereka berkata jika permintaan ini tidak menjadi kenyataan, mereka tidak boleh meyakinkan tenaga kerja yang majoritinya bergama Islam untuk terus berkerja.

"Kira-kira 80 peratus daripada pemandu kami adalah Muslim. Mereka bertanya mengapa mereka harus bekerja pada Hari Raya jika kami tidak boleh menaikkan gaji mereka," kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Johor G. Suchdev.

Beliau berkata majikan-majikan bas ekspres mahu menawarkan lebih banyak bas di jalan raya, tetapi tidak dapat melakukannya kerana tidak mampu membayar gaji pemandu tambahan semasa musim cuti.

Suchdev berkata dengan 20 peratus kenaikan tambang bas ekspres ia akan membolehkan syarikat-syarikat bas ekspress melaksanakannya.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohd Ashfar Ali berkata disebabkan keadaan yang tidak pasti ini, hanya sedikit bas dapat beroperasi.


"Sebab itu kami meminta surcaj tambahan dikenakan. Pemandu perlu mengorbankan Hari Raya mereka untuk terus memastikan perkhidmatan beroperasi," katanya.

Beliau juga berkata syarikat tidak lagi boleh menunggu kerajaan menangguhkan kenaikan tambang, yang mahu dinaikkan dari 9.3sen kepada 11.4sen per km.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan sementara semasa musim cuti tidak mencukupi, dan sedikit demi sedikit industri akan kehilangan pemandu.

Ketika Mohd Ashfar tidak mempunyai jumlah pemandu yang telah berhenti di seluruh negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suchdev berkata kira-kira 400 pemandu bas di Johor mungkin telah berhenti dalam tempoh dua tahun lalu.

Katanya, ramai di antara mereka pergi ke Singapura.

Suchdev berkata dengan kerja lebih masa dan komisen, pemandu bas ekspres di sini boleh mendapat kira-kira RM3,000. Gaji asas untuk pemandu Malaysia yang ke Tambak Johor boleh mencecah S$1,400 (RM4,000).

Mohd Ashfar berkata jika kerajaan tidak boleh menaikkan tambang, ia perlu membatalkan kawal selia tambang bas ekspres.

Pembatalan tersebut bermakna pengendali mungkin menetapkan sendiri tambang dan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan penumpang.

Laporan baru-baru ini berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memuktamadkan keputusannya berhubung surcaj tambang Raya.

SPAD juga sedang mengkaji penyahkawalseliaan tambang bas ekspres tetapi ini memerlukan kelulusan kerajaan terlebih dahulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain