suria

Mahkamah Rayuan Putuskan Rayuan KDN Pada Selasa

PUTRAJAYA: Kes rayuan Kementerian Dalam Negeri untuk mengetepikan satu perintah supaya kementerian itu mengembalikan lapan cakera padat (CD) yang mengandungi Kalimah 'Allah' kepada seorang kerani dari Sarawak akan diputuskan esok.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mengesahkan pada Isnin bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan esok untuk menyampaikan keputusan berkenaan.

Panel tiga hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Seri Zakaria Sam juga akan memutuskan rayuan balas oleh responden Jill Ireland Lawrence Bill.

Pada 23 April, tahun ini, mahkamah menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujah peguam Jill, Lim Heng Seng dan Shamsul yang mewakili kementerian dan Kerajaan dalam rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Julai 2014.

Jill membuat rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak memberikan ganti rugi yang diminta beliau.

Mahkamah Rayuan

Artikel Lain