suria

Tertuduh Dalam Kes Pencerobohan Lahad Datu Enggan Diwakili Peguam

KOTA KINABALU: Seorang tertuduh dalam perbicaraan kes pencerobohan Lahad Datu enggan mendapatkan khidmat peguam berikutan penahanannya itu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Isnin.

Inspektor Idrus Ibrahim, pegawai bertugas di ibu pejabat polis Semporna, berkata beliau telah memaklumkan kepada tertuduh, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, bahawa dia mempunyai hak untuk diwakili seorang peguam.

"Tetapi dia (Datu Amir Bahar) memberitahu saya bahawa dia tidak mahu seorang peguam bela," katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan sekumpulan lelaki Sulu bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Datu Amir Bahar didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, satu pertuduhan yang memperuntukkan hukuman mati; dan menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun diwakili peguam Datuk N. Sivananthan yang dilantik kerajaan Filipina untuk mewakili 27 warganegara itu yang dibicarakan dalam kes berkenaan.

pencerobohan Lahad Datu

Artikel Lain