suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerjasama PAS, DAP & PKR Masih Diteruskan - Wan Azizah

BUKIT MERTAJAM: Biarpun Pakatan Rakyat (PR) telah diisytihar tidak lagi wujud, namun kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR masih diteruskan, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis sumbangan Ihya Ramadan kepada surau dalam Parlimen Permatang Pauh di Masjid Jamek Kampung Pelet dekat sini Ahad, Dr Wan Azizah berkata beliau mempunyai pandangan optimis terhadap semangat yang ada dalam pakatan pembangkang.

Pada Rabu lepas, beliau dilaporkan mengakui bahawa gabungan politik pakatan pembangkang tidak lagi berfungsi secara formal. Keadaan itu, katanya, berlaku berikutan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas pada Muktamar PAS Ke-61, manakala Jawatankuasa

Eksekutif Pusat DAP pula telah mengumumkan 'penamatan riwayat' PR, Mengulas lanjut, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata berdasarkan pembacaan dan pengamatannya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS sama ada yang tewas atau menang dalam pemilihan jawatan parti itu, mereka telah memberi mesej bahawa ketiga-tiga parti terbabit akan terus bersama-sama.

Selasa lalu, media melaporkan DAP mengisytiharkan PR tidak lagi wujud. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keputusan yang dibuat Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' PR.

-- BERNAMA
Pas Dap, PKR

Artikel Lain