suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Umno Cheras Imarahkan Ramadan Dengan Program Tadarus

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee bergambar bersama peserta Program Ihya Ramadan Tadarus Al-Quran anjuran Pergerakan Wanita UMNO bahagian itu, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengimarahkan al-Quran pada Ramadan kali ini, kira-kira 450 wanita Umno Cheras menyertai program 'Ihya' Ramadan Tadarus al-Quran Dibaca, Difahami dan Dihayati" di Pusat Rekreasi Cheras di sini, Sabtu.

Program anjuran Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras itu turut dihadiri Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee serta Ketua Wanita Umno Cheras Datuk Zurainah Musa.

Zurainah berkata program itu merupakan antara inisiatif bagi mengukuhkan silaturrahim antara wanita Umno Cheras dengan penduduk setempat.

"Turut menyertai majlis hari ini ialah beberapa pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sekitar Cheras," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata selain program berkenaan, pihaknya juga telah merencana pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan ini termasuk bantuan kepada golongan yang memerlukan serta solat tarawih berjemaah.-- Bernama


Artikel Lain