suria

Melaka Sasar Laksana 1,000 Program Ihya Ramadan

Idris Haron

MELAKA: Kerajaan Melaka menyasarkan tidak kurang daripada 1,000 program 'Ihya Ramadan' dilaksanakan bagi mengimarahkan ibadah sepanjang bulan Ramadan di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata perlaksanaan program itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan sumbangan pelbagai pihak.

"Walaupun pada peringkat awal kita mengalami kekurangan peruntukan tetapi hasil usaha banyak pihak kita memperoleh sumbangan daripada pelbagai institusi untuk meneruskan program sepanjang bulan Ramadan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Ihya Ramadan peringkat negeri Melaka di sini.

Beliau berkata program itu melibatkan 50 penceramah termasuk pegawai agama dan motivasi dari pelbagai institusi, agensi dan jabatan kerajaan negeri serta swasta.

Katanya, program berkenaan juga akan menjadi medium penerangan atau penjelasan tentang pelbagai isu melibatkan kerajaan negeri seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). -- Bernama



Ramadan, Melaka, Idris Haron

Artikel Lain