suria

DAP, PKR Takut Adakan PRN Selangor - MCA

PETALING JAYA: DAP dan PKR teragak-agak untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) di Selangor kerana takut Barisan Nasional (BN) akan menawan semula negeri ini, kata MCA Selangor.

Setiausaha Badan Perhubungan MCA Selangor, Ng Chok Sin berkata kegagalan Pakatan Rakyat memberikan jawapan yang konkrit terhadap beberapa isu seperti penyusunan semula air, banjir yang berterusan dan permohonan penjualan minuman keras membosankan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan mengenai kenyataan Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mengakui bahawa pilihan raya negeri akan menyebabkan berlakunya pembaziran wang rakyat.

Katanya, Rafizi tidak membangkitkan kebimbangan yang sama apabila merancang 'langkah Kajang' pada tahun lalu.

"Apabila rancangan mereka tidak menjadi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terpaksa menjadi calon, kedua-dua PKR dan DAP seolah-olah tidak nampak mengenai perbelanjaan RM1.6 juta untuk mengadakan PRK Kajang pada Mac tahun lepas," kata Ng dalam kenyataan pada Jumaat.

Ng turut menuduh DAP dan PKR berat sebelah apabila menggesa supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan pada tahun 2009.

PKR, DAP, MCA, Pakatan Rakyat

Artikel Lain