suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M 'Disekat' Di Bazar Ramadan Kampung Baru

Dr Mahathir (tengah) mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Baru untuk membeli juadah berbuka puasa, Khamis.

KUALA LUMPUR: Kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad ke bazar Ramadan Kampung Baru di sini pada hari pertama berpuasa 'disekat' orang ramai.

Namun jangan disalah sangka, bekas Perdana Menteri hanyalah disekat orang ramai yang mahu ber'selfie' dan beramah mesra.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang menghabiskan masa 45 minit berjalan di sepanjang 300 meter Jalan Raja Alang yang merupakan antara kawasan menempatkan gerai jualan bazar Ramadan Kampung Baru ini.

Berkemeja putih, beliau yang kini berusia 89 tahun dilihat sentiasa senyum dan tidak letih melayan kerenah orang ramai yang memohon untuk bersalam dan bergambar dengannya.-- Bernama


Artikel Lain