suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat, Suami Dan Ibu Mentua Maut Dalam Nahas

KOTA TINGGI: Seorang jururawat Rohayu Abas, adalah antara tiga yang maut apabila kereta mereka bertembung sebuah lori di Km 42.2, Jalan Johor Baharu-Mersing dekat sini pagi Rabu.

Yang turut maut dalam nahas 5 pagi itu ialah suaminya Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, dan ibu mentuanya Rokiah Abu Bakar, 52.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Rohayu, 29, yang datang dari arah Mersing menuju Johor Baharu dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari pantai timur menuju Johor Baharu.

Pemandu lori itu hanya cedera ringan.-- Bernama




Artikel Berikut

Artikel Lain