suria

Talian Hotline Gempa Kinabalu Dibuka Kepada Rakyat Sabah

Seorang pengunjung melakarkan ucapan takziah di atas kain rentang yang memaparkan wajah dan nama malim-malim gunung yang terkorban semasa tragedi gempa bumi, di Taman Kinabalu.

KOTA KINABALU: Rakyat negeri ini yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa bumi di Sabah boleh menghubungi Hotline Gempa bumi Kinabalu, kata Ketua Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) Jontih Enggihon.

Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi hotline itu di nombor 088-260311 dari pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang serta boleh mendapatkan maklumat menerusi laman Facebook Gempa bumi Kinabalu (Kinabalu Earthquake).

"Orang ramai juga boleh mengajukan soalan di laman sosial itu sekiranya terdapat kekeliruan fakta mengenai gempa di Sabah," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Sabah  menyebabkan 18 orang terkorban dan memusnahkan harta benda.

Gempa susulan yang berlaku selepas itu turut mengakibatkan tanah runtuh, banjir lumpur dan banjir kilat di sekitar kawasan berpusat gempa bumi di Ranau.-- Bernama


Hotline Gempa, Jontih Enggihon

Artikel Lain