suria

Jabatan Meteorologi Nafi Sabah Akan Dilanda Gempa Susulan

Seorang pengunjung melakarkan ucapan takziah di atas kain rentang yang memaparkan wajah dan nama malim-malim gunung yang terkorban semasa tragedi gempa bumi, di Taman Kinabalu. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi pada Rabu menafikan khabar angin bahawa Sabah akan dilanda gempa bumi susulan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan jabatan itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihaknya mengenai gempa bumi susulan dengan magnitud 5.9 hingga 7 skala Richter bakal berlaku di Sabah sekitar pukul 9 hingga 12 tengah malam. 

Menurut jabatan itu, untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia http://www.met.gov.my, mobile web rasmi m.met.gov.my atau melalui laman Facebook dan Twitter. 

Selain itu, boleh juga hubungi MetMalaysia hotline di talian 1300 22 1MET (1638) atau Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di talian 03 79678065.

gempa Sabah, Jabatan Meteorologi

Artikel Lain