suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Kaki Pukul Ditahan Ekoran Kematian Warga Arab

KUALA LUMPUR: Tiga orang 'bouncer' atau kaki pukul  ditahan di sebuah pusat hiburan sejurus penemuan mayat seorang warga Arab Saudi di dalam sebuah kenderaan di sini pada Selasa malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata mereka yang berumur antara 26 dan 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Alkhunaini Naif Abdullah Alqassim, 30.

Mayat Alkhunaini Naif ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk belakang kenderaan Toyota Camry yang diparkir di tepi Jalan Dang Wangi pada pukul 7.40 malam.

"Mangsa dikatakan telah diusir oleh bouncer kerana mengacau pelanggan lain dalam keadaan mabuk," katanya.

Arab Saudi, Polis

Artikel Lain