suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yadim Lawat Agensi Kerajaan, Swasta Sepanjang Ramadan

Asyraf Wajdi

PASIR PUTEH: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyasarkan untuk melawat 360 agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara bagi menyampaikan mesej tentang kelebihan amalan bulan Ramadan di bawah program Jelajah Ramadan yang akan bermula minggu ini.

Yang Dipertua Yadim Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bagi tujuan itu, seramai 50 orang penceramah muda yang terlatih telah dipilih untuk menyampaikan dakwah.

Selain itu, katanya Yadim akan turut melaksanakan program iktikaf di masjid-masjid di seluruh negara yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

"Yadim menyasarkan penyertaan antara 200 hingga 300 peserta bagi program iktikaf berkenaan dan ia akan diisi dengan aktiviti bacaan al-Quran, berbuka puasa dan sahur serta solat terawih berjemaah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Jelajah Dakwah Sehari YADIM bersama komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di Kampung Jerus di sini.

Lebih 100 penduduk menyertai program itu termasuk gotong-royong membersih kubur yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising Zulkifli Ali. -- Bernama

Yadim, Ramadan

Artikel Lain