suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adenan Serah Sumbangan Kepada 28 Masjid Bersempena Ramadan

Adenan Satem

LUNDU: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menyerahkan sumbangan berjumlah RM41,000 kepada 28 masjid di kawasan diwakilinya Tanjong Datu.

Majlis penyerahan sumbangan itu berlangsung di Masjid Darul Taqwa di sini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Bujang Helmi Hazmi dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sumbangan itu akan digunakan untuk menganjurkan aktiviti bersempena bulan Ramadan.

Beliau berkata sejak Adenan menyandang jawatan sebagai ketua menteri setahun lalu, beliau telah banyak membantu penduduk di Sarawak.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan beliau kepada masjid-masjid," katanya.

Bujang turut menggesa penduduk di Lundu terus memberi sokongan kepada Adenan dan memberinya mandat yang kukuh selama lima tahun lagi.

Turut hadir pada majlis itu isteri Adenan, Puan Sri Jamilah Anu. -- Bernama

Adenan Satem, Masjid Darul Taqwa

Artikel Berikut

Artikel Lain