suria

Lebih 2,000 Mangsa Banjir Di Kelantan Terima Sumbangan POKB Sempena Ramadan

Sheikh Ahmad Dusuki

PUTRAJAYA: Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) akan mengagihkan sumbangan berupa buah-buahan dan makanan kepada lebih 2,000 mangsa banjir di Kelantan yang dilanda bencana alam itu Disember tahun lalu.

Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki S.Mohamad berkata bantuan fasa kedua ini bertujuan meringankan beban golongan itu yang kurang berkemampuan, selain memupuk sikap prihatin sesama manusia.

Sumbangan ini akan diagihkan dalam minggu ini dan akan berterusan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarakat Agung Kali Ke-4 POKB Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor di sini, Ahad.

Umat Islam dijangka memulakan ibadah puasa Ramadan tahun ini pada Khamis (18 Jun).

"POKB menganjurkan program amal ini bersama Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dan akan menumpukan kepada Kelantan terlebih dahulu," katanya. -- Bernama

POKB, Ramadan, Kelantan

Artikel Berikut

Artikel Lain