suria

MELAKA: Keadaan banjir di Melaka masih tidak berubah sejak Selasa malam dengan 16 mangsa daripada tiga keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan banjir di Melaka Tengah, setakat 10 pagi Rabu.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata mangsa masih tinggal di pusat pemindahan kerana rumah mereka menghadapi masalah air bertakung.

Beliau berkata pusat pemindahan tersebut dibuka di Surau Al Jariah, Bukit Baru di sini.

"Kami masih memantau keadaan banjir di kawasan rumah mereka (mangsa) dan akan membenarkan mereka pulang ke rumah selepas banjir surut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Hujan lebat dari 4 pagi hingga 11 pagi serta fenomena air pasang besar mencetuskan banjir di kawasan berkenaan pada Ahad lepas.

Banjir

Artikel Berikut

Artikel Lain