suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: Empat Pegawai Imigresen Direman Seminggu

Dua daripada empat pegawai Imigresen yang diperintah Mahkamah Majistret supaya ditahan reman tujuh hari bermula Selasa.

IPOH: Empat pegawai Imigresen ditahan reman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM12,000 daripada sepuluh individu yang memegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Depot Tahanan Langkap, Hilir Perak.

Majistret Nurul Asyifa Ridzuan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM yang ditemui di luar mahkamah, kesemua suspek ditahan semalam di Depot Tahanan Langkap oleh sepasukan anggota SPRM.

"Berdasarkan siasatan awal, kami percayai sindiket ini aktif di Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur sejak November tahun lepas," katanya.

Kesemua suspek, yang bertugas di Depot Tahanan Langkap, dipercayai menerima sehingga RM3,000 daripada setiap mangsa.

Rasuah, Imigresen

Artikel Lain