suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Salah Seorang Suspek Berbogel Di Atas Gunung Kinabalu

Salah seorang suspek ditahan pada Isnin.

KOTA KINABALU: Salah seorang daripada 10 pelancong asing yang dikehendaki polis kerana berbogel dan membuang air kecil di atas Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu telah ditahan pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman mengesahkan penangkapan seorang lelaki Eropah berusia 38 tahun yang hendak meninggalkan negara untuk ke Filipina selepas tiba dari Tawau pada kira-kira 4.20 petang Isnin.

Difahamkan suspek ditahan di terminal tambang murah di Tanjung Aru ketika cuba mengambil penerbangan keluar dari Kota Kinabalu selepas tiba dari Tawau.

Sallehuddin berkata, pihaknya akan merekodkan kenyataan sebelum mengambil tindakan seterusnya ke atas lelaki tersebut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mengganggu ketenteraman awam, yang membawa hukuman denda sehingga RM400.

Suspek dipercayai sebahagian daripada sekumpulan 27 pendaki yang mendaki gunung itu pada 30 Mei, dan 10 daripada mereka berbogel serta membuang air kecil di atas gunung itu. Gambar-gambar kelakuan mereka menjadi viral di laman sosial.

Kelakuan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin Kadazandusun yang mengakui perbuatan satu penghinaan kerana bagi mereka gunung itu adalah tempat suci.

Artikel Lain