suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nothing2Hide Bertukar Sesi Bersama Tun M - Penganjur

KUALA LUMPUR: Sesi dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya diadakan pagi Jumaat terpaksa ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Perkara itu diumumkan oleh pengacara majlis di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Urus setia masih berbincang dengan pihak polis bagi membenarkan majlis ini diadakan.

"Kami diberitahu berlaku kekecohan di luar dewan dan satu tangkapan telah dibuat terhadap dalang yang cuba sabotaj program ini.

"Bagaimanapun, kami memberikan anda sesi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini," kata pengacara majlis yang cuba mententeramkan keadaan yang mulai kecoh di dalam dewan yang menunggu ketibaan Najib sejak awal pagi.

Sesi dialog perdana menteri bersama NGO dianjurkan oleh Pengerusi Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).


Artikel Sebelum

Artikel Lain