suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB: Kami Siasat Dulu, Baharu Tangkap - Khalid

KUALA LUMPUR: Siasatan menyeluruh perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum membuat tangkapan berkaitan dengan dakwaan penyelewengan kewangan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menegaskan bahawa kes itu diklasifikasikan sebagai jenayah komersial, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek tidak akan ditangkap sebelum siasatan selesai dijalankan.

"Kami menyiasat, kemudian menangkap. Biarlah kami buat kerja. Jika kita menemui sebarang salah laku, tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, pada Khamis.

Khalid yang enggan mengulas lanjut mengenai status siasatan, berkata, beliau bukan 'jurucakap rasmi" untuk siasatan itu yang diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada Mac lalu, Abdul Gani menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan wang oleh 1MDB.

Pasukan petugas terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan polis.

"Saya mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Jika saya memberikan butiran lanjut, ia mungkin mengganggu siasatan," kata Khalid.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, 1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain