suria

Polis Percaya Enam Suspek Bersenjatakan Parang Keluar Dari TTDI

KUALA LUMPUR: Enam suspek bersenjatakan parang yang dipercayai bersembunyi di hutan Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini pada Rabu, dipercayai tidak lagi berada di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata ini berikutan pihaknya menemui laluan hutan menuju ke jalan raya kira-kira 400 meter dari tempat mereka terserempak dengan polis.

"Polis percaya mereka telah keluar daripada kawasan itu semasa usaha memburu mereka petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.

Beliau berkata ketika ini taman rekreasi berkenaan masih dibuka kepada orang awam untuk meneruskan aktiviti riadah seperti biasa.

Pada Rabu, polis gagal menjejaki suspek yang melarikan diri ke Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail sejak pukul 5 pagi.

Keenam-enam suspek yang merupakan geng pecah rumah dan aktif di sekitar TTDI, Sri Hartamas menggunakan modus operandi yang sama iaitu memecah masuk rumah dan melarikan barang berharga.

Artikel Sebelum

Mat Sabu Kalah Teruk

Artikel Lain