suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mercy Malaysia Rayu Sumbangan Untuk Mangsa Gempa Bumi Nepal

PETALING JAYA: Mangsa gempa bumi di Nepal masih memerlukan bantuan, dan Mercy Malaysia sedang mencari sumbangan untuk usaha-usaha bantuan di sana.

Walaupun sudah lebih sebulan sejak gempa bumi 7.8 magnitud menggegarkan negara itu, mereka yang terlibat dengan bencana masih memerlukan bantuan perubatan dan lain-lain bentuk bantuan.

Sebuah video 30 saat, bertajuk "Nepal Relief 2015" oleh Mercy Malaysia menyeru sebarang bentuk sumbangan untuk membantu dengan usaha bantuan di Nepal.

Gempa bumi 7.8 pada skala Richter melanda Nepal pada 25 April diikuti gegaran dan gempa susulan.

Ia adalah gempa bumi yang paling teruk melanda Nepal dalam tempoh lebih dari 80 tahun.

Bencana tersebut mencatatkan jumlah kematian melebihi 8,000.

Lebih dari 17,000 mangsa cedera manakala 366 masih hilang. Beratus-ratus ribu telah kehilangan tempat tinggal.

Mereka yang ingin membantu boleh menderma melalui www.mercy.org.my
Mercy Malaysia, gempa bumi Nepal

Artikel Berikut

Hadi Menang Besar

Artikel Lain