suria

Imej Pada 'Google Street View' Mungkin Budak Ditanam Di Lantai Dapur

PETALING JAYA: Satu imej yang ditemui pada aplikasi Google Street View menunjukkan sepasang adik-beradik yang mahu keluar dari rumah mereka di Taman Usaha Jaya, Selangor mungkin kelihatan biasa sahaja.

Namun imej yang dirakamkan menerusi kamera Google Street View pada Februari 2014 mencetuskan persoalan apabila ada yang beranggapan bahawa budak lelaki dalam imej itu mungkin mayat yang ditemui ditanam di lantai dapur rumahnya pada Sabtu lalu.

Identiti budak lelaki dalam imej berkenaan bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Jiran, Azizan Shafiee berkata, dia tidak dapat menentukan sama ada budak lelaki dalam imej itu merupakan kanak-kanak yang hilang kira-kira seminggu sebelum keluarga itu berpindah.

"Gambar tersebut agak gelap untuk dilihat. Saya tidak mengecam budak lelaki itu kerana imej wajahnya kabur," kata Azizan.

Terdapat beberapa report yang berbeza mengenai bilangan adik-beradik dalam keluarga itu, walaupun kenyataan polis baru-baru ini menyebut terdapat dua lelaki dan seorang perempuan.

Satu mayat kanak-kanak dipercayai seorang kanak-kanak lelaki ditemui tertanam di rumahnya di Kepong pada Sabtu lalu.

Mayat itu dibawa Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ibu bapa kepada kanak-kanak itu kini ditahan di Sabah untuk siasatan berhubung kes berkenaan.

Artikel Lain