suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelandangan Maut Dipukul

ALOR SETAR: Seorang lelaki gelandangan ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lagi lelaki gelandangan di tempat letak kereta di Jalan Langgar, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.15 pagi tadi berhubung kejadian pergaduhan di tempat letak kereta belakang sebuah kolej di kawasan tersebut.

"Apabila anggota polis sampai di tempat kejadian, seorang lelaki berumur 63 tahun dilihat sedang memegang kayu panjang manakala seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40-an terbaring di atas jalan.

"Kita mengesyaki suspek yang berasal dari Manjung, mempunyai masalah mental dan kita akan menunggu pengesahan daripada pihak hospital," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Adzaman berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSA) untuk bedah siasat.

Gelandangan, Polis, Alor Setar

Artikel Lain