suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keretakan Jalan Dikesan Di Jalan Tun Razak

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Keretakan pada permukaan jalan dikesan berhampiran Wisma Perkeso di Jalan Tun Razak di sini, namun menurut seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) laluan berkenaan masih selamat digunakan.

Pengarah Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ir. Tan Keng Chok berkata ia mungkin ada kaitan dengan pembinaan projek lencongan Sungai Bunus dari Kampung Baru ke Jalan Tun Razak yang sedang dilaksanakan.

"Maklumat daripada jurutera perunding Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengesahkan laluan menghala ke Jalan Kuching itu selamat digunakan oleh pengguna jalan raya," katanya.

Menurut Tan, keretakan itu mula dikesan sejak tiga hari lalu.

"Pihak DBKL telah meminta JPS dan perundingnya mengemukakan laporan kestabilan struktur dan jalan berkenaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata jalan itu selamat untuk digunakan.

Bagaimanapun, pihaknya akan meminta Ikram Premier Consulting untuk membuat pemeriksaan lanjut.

keretakan, Jalan Tun Razak

Artikel Lain