suria

PTPTN Peruntukkan RM29 Juta Pendahuluan Pembiayaan Ke IPT

Shamsul Anuar Nasarah.

LENGGONG: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM29 juta sebagai bayaran Wang Pendahuluan Pembiayaan kepada 19,340 pelajar di seluruh negara bagi sesi kemasukan Jun depan, kata Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata wang pendahuluan sebanyak RM1,500 kepada setiap pelajar itu dapat mengurangkan bebanan mereka membuat pelbagai persiapan atau pembayaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

"Kami sentiasa mendapat respons yang baik kerana wang pendahuluan ini memang dinantikan oleh ibu bapa untuk membantu anak mereka melakukan pelbagai persiapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan tersebut kepada 256 pelajar membabitkan peruntukan berjumlah RM384,000 bagi kawasan Parlimen Lenggong, Kuala Kangsar, Gerik dan Padang Rengas di Dewan Merdeka di sini, Ahad.

Katanya, sejumlah RM2.69 juta diperuntukkan kepada 1,795 pelajar di Perak.

Sementara itu, Shamsul Anuar yang juga Anggota Parlimen Lenggong, berkata sehingga kini sejumlah RM52 bilion diperuntukkan kepada 2.9 juta pelajar di seluruh negara sejak 1997.

Artikel Lain