Mohammad Mantek Anak Sabah Pertama Jadi KSU KPKT - Semasa | mStar

Mohammad Mantek Anak Sabah Pertama Jadi KSU KPKT

Mohammad Mantek

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mantek menjadi anak negeri Sabah yang pertama dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mohammad, 51, menerima surat pelantikan jawatan itu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Jumaat.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata pelantikan Mohammad berkuat kuasa 27 Mei bagi menggantikan Datuk Seri Arpah Abdul Razak yang bersara.

Ali berkata pelantikan Mohammad itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan anak negeri Sabah ke atas pembangunan negara secara keseluruhannya.

"Saya berkeyakinan kelayakan, pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan selaras dengan fungsi utama kementerian terutama dalam memastikan persekitaran hidup berkualiti dan mampan demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Mohammad yang merupakan anak jati Semporna, Sabah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dan Sarjana Muda Sains (Statistik) daripada University of Minnesota, Amerika Syarikat dan mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1992.

Sepanjang berkhidmat selama lebih 22 tahun, Mohammad telah ditempatkan di pelbagai agensi selain memiliki pengalaman luas terutama dalam bidang pengurusan dan keselamatan.-- Bernama

Mohammad Mantek , KSU , Esscom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kes BAFIA Rafizi Ditetapkan 19 Jun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain