suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Lega Pandikar Amin Masih Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Kontroversi berhubung kedudukan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau melahirkan kelegaannya melihat Speaker Dewan Rakyat itu menjalankan tugas seperti biasa.

Sambil tersenyum dan mengurut dada, Najib ‘mengusik’ Pandikar Amin yang ketika itu mempengerusikan sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

"Tuan Yang Dipertua…yang masih lagi tuan Yang Dipertua.

"Saya cukup senang hati tuan Yang Dipertua masih lagi tuan Yang Dipertua," katanya sambil disambut tepukan meja wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis.

Pandikar Amin sebelum ini mengakui mahu meletakkan jawatan dan pernah menyuarakan hasrat itu kepada Najib dalam pertemuan mereka pada 19 Mac lalu.

Ahli politik dari Sabah itu juga mengakui menyerahkan surat peletakan jawatannya bertarikh 18 Mac kepada Najib.

Hasrat yang sama turut pernah disuarakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu pada 13 Mac.

Bagaimanapun menurut Pandikar Amin, Najib enggan menerima surat peletakan jawatan tersebut.

Dewan Rakyat

Artikel Lain