suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Umno Sedia Bantu Pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR: Wanita Umno bersedia mengerahkan ahlinya untuk terlibat secara langsung sepanjang misi kemanusiaan pelarian Rohingya jika diperlukan Wisma Putra, kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua pergerakan itu berkata, Skuad Sayang yang mempunyai lebih 20,000 ahli sentiasa bersedia untuk memberi khidmat secara sukarela.

"Kalau menteri luar perlukan bantuan sukarelawan, kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan.

"Kita boleh gerakkan Wanita Umno untuk jadi sukarelawan pada bila-bila masa sahaja. Lagi pula kita ada lebih 20,000 ahli," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program penjagaan dan rawatan selepas bersalin di Busana Mall, di sini, Khamis.

Shahrizat berkata, dia menyokong keputusan yang dicapai hasil rundingan antara kerajaan Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam menangani krisis pelarian Rohingya.

"Saya lega dengan keputusan yang dibuat ketiga-tiga negara terlibat. Ia adalah langkah penyelamatan terbaik yang boleh dilakukan kerana kita tidak boleh buka sempadan negara kerana ada masalah berkaitan imigresen, namun kita tidak boleh biarkan mereka mati kelaparan.

Pada Rabu, Malaysia dan Indonesia bersetuju menghulurkan bantuan kemanusian dengan memberi perlindungan sementara kepada pelarian Rohingya yang masih terkandas di laut.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kedua-dua negara bersetuju menyediakan tempat perlindungan sementara dengan syarat proses penempatan semula dan penghantaran pulang dijalankan dalam tempoh setahun oleh masyarakat antarabangsa.

Shahrizad Jalil, Rohingya

Artikel Berikut

Artikel Lain