suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Terjun Jambatan Selepas Enggan Bayar Tambang Teksi

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas bertindak nekad keluar daripada teksi dinaikinya lalu terjun dari jambatan setelah enggan membayar tambang teksi di Km 18, Persiaran Surian berhampiran Kondominium Palm Spring, Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.47 tengah hari Khamis, lelaki dikenali sebagai Ashraful, warga Bangladesh berusia 29 tahun, dan seorang lagi rakannya telah menaiki teksi  dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun.

"Kedua-dua mereka telah diambil di Pelangi Damansara untuk ke Sunway Giza, Kota Damansara. Semasa melalui jambatan berhadapan kondominium itu, lelaki itu  dan rakannya telah bertanyakan berapa tambang teksi dan apabila diberitahu kadar tambang, kedua-dua mereka enggan membayar dan kemudian rakannya terus mencekik leher pemandu teksi itu. 

"Keadaan itu menyebabkan pemandu teksi berkenaan memberhentikan kenderaannya dan kedua-dua mereka terus keluar dari teksi. Lelaki itu dilihat terjun dari jambatan, manakala rakannya lari ke arah stesen minyak berhampiran," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Azmi berkata siasatan mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan di kepala selepas terjatuh dari jambatan dengan ketinggian kira-kira 30 kaki atau 9 meter.

Mayat dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan polis sedang  mengesan rakan lelaki itu, katanya.

Artikel Lain