suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Teliti Tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti untuk menubuhkan Jawatankuasa pilihan Parlimen dalam usaha melakukan penambahbaikan institusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penubuhan jawatankuasa yang masih dalam peringkat kajian itu merupakan tambahan kepada lima jawatankuasa pilihan sedia ada.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Pembentukan jawatankuasa khas itu juga dilihat susulan daripada cadangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya kerajaan melakukan penambahbaikan institusi Parlimen.

Menurut Pandikar Amin, beberapa pembaharuan perlu dilakukan termasuk memansuhkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang khusus menjaga hal ehwal Parlimen.

Kata Pandikar Amin, ia bagi mengelakkan kekeliruan tugas dan persepsi negatif terhadap kebebasan Parlimen serta kewujudan jawatan tersebut menyebabkan doktrin pemisahan kuasa tidak dapat dilaksanakan.

Sehingga kini lima jawatankuasa pilihan sedia ada ialah Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat, Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Parlimen

Artikel Lain