suria

Suri Rumah Edar Dadah

ALOR SETAR: Polis menahan seorang suri rumah serta merampas 49 paket dadah jenis syabu bernilai RM2,520 dalam serbuan di Bukit Tinggi, Jitra Rabu lepas.

Ketua Polis daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata suri rumah berumur 36 tahun itu cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, kira-kira 10.30 pagi.

Hasil pemeriksaan, menemui satu beg kecil mengandungi 49 paket dadah disyaki syabu dengan anggaran berat lebih 16 gram.

Suspek yang mempunyai empat anak, telah menjalankan kegiatan mengedar dadah selama tiga bulan, katanya.

Suspek direman tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dadah, Jitra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain