suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Ayam Pecah Mesin ATM dengan Tukul, Pahat

IPOH: Seorang peniaga ayam ditahan selepas cuba merompak mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Bercham dengan tukul dan pahat Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 4 pagi daripada sebuah syarikat pembekal peralatan keselamatan yang memaklumkan alat penggera di bank itu sedang berbunyi.

Beliau berkata anggota polis yang kemudiannya dihantar untuk memeriksa perkara itu mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di luar bangunan bank tersebut.

"Setelah diperiksa, pihak polis menemui peralatan untuk merompak di dalam raga motosikal suspek dan pemeriksaan lanjut mendapati penutup lapisan atas salah sebuah daripada mesin ATM itu telah terbuka dengan kesan diumpil.

"Suspek yang ditahan mengaku sengaja mencuri wang dalam mesin ATM itu," katanya.

Lelaki berusia 43 tahun itu kini direman selama empat hari.

Tukul, Pahat

Artikel Berikut

Artikel Lain