suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2,340 Kg Ketam Cuba Diseludup Ke Sabah

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup masuk kira-kira 2,340 kilogram ketam hidup ke Sabah melalui perairan Tawau, Selasa.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, ketam berkenaan dirampas melalui Ops Paradise di perairan Batu 3, Jalan Apas antara jam 3.30 pagi hingga 5.00 pagi.

Anggota PPM yang melakukan tugasan harian terserempak dengan tiga bot laju dari negara jiran (Indonesia) sedang menuju ke pantai.

"Setelah melakukan pemeriksaan, juragan ketiga-tiga bot itu gagal menunjukkan dokumen import ketam yang diisi dalam 130 buah kotak," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 35 tahun turut ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.


ketam, Tawau, Ops Paradise, Jalan Apas

Artikel Lain