suria

1MDB Akan Bekerjasama Dengan PAC - Lodin

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan memberikan kerjasamanya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan yang akan dijalankan kelak.

Pengerusinya Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata sekiranya dipanggil, beliau akan menghadirinya.

"Saya rasa mereka (semua pihak pengurusan) juga perlu turut hadir," kata Lodin yang juga Timbalan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Boustead.

Pada Isnin, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jawatankuasa parlimen itu akan memulakan siasatan terhadap 1MDB pada 19 Mei ini.

Lodin berkata beliau masih belum menyemak dengan pengurusan 1MDB mengenai sama ada mereka telah menerima sebarang surat daripada PAC.

Beliau berkata demikian selepas sidang media mengenai pembangunan pusat membeli belah MyTown, projek usaha sama antara Boustead Holdings dan Ikano Pte Ltd, di sini, pada Selasa.

1MDB, PAC

Artikel Berikut

Artikel Lain