"Saya Terhutang Budi Pada Sabah" - PM - Semasa | mStar

"Saya Terhutang Budi Pada Sabah" - PM

Najib Tun Razak disambut orang ramai ketika tiba pada Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah di sini, Ahad. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

KOTA BELUD: "Saya terhutang budi pada Sabah," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya pernah berkata Sabah adalah 'simpanan tetap' Barisan Nasional (BN).

Bagi saya, Sabah tetap simpanan tetap BN," kata perdana menteri ketika melancarkan Projek Perumahan Rakyat Kota Belud di sini, Ahad.

Beliau berkata, Sabah mempunyai potensi besar dan BN mesti memastikan Sabah mendapat pembangunan yang seimbang sebagai menghargai jasa rakyat Sabah kepada BN.

Najib berkata sejak menjawat jawatan perdana menteri enam tahun lalu, beliau meluluskan banyak peruntukan dan projek besar di negeri ini kerana beliau benar-benar mahu melihat landskap Sabah terus berubah.

"Saya akan banyak datang melawat Sabah lagi khususnya di kawasan luar bandar. Rakyat di luar bandar cukup setia kepada Umno dan BN. Sudah pasti kerajaan BN yang mereka (penduduk luar bandar) sokong ini akan terus bela mereka," katanya.

Najib turut kagum dengan kebolehan pemimpin yang dipilih daripada kalangan masyarakat Sabah.

"Ada orang nak 'cairkan' 'simpanan tetap' BN. Tetapi kita ada banyak 'panglima' (pemimpin-pemimpin dari Sabah) yang berani, tetap pendirian dan tidak goyah," katanya.

Beliau memuji, antaranya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mempunyai semangat luar biasa dalam membangkitkan kemahuan rakyat di negeri ini; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang berupaya berpidato secara intelek; dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, yang mempunyai pemikiran yang tajam dan berani menyuarakan pendapat.

Beliau turut melahirkan kekaguman terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.-- Bernama

Sabah , Perdana Menteri , BN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain